Saturday 27 September 2014

EVOLUSI KEUSAHAWANAN

EVOLUSI KEUSAHAWANAN

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre”yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai untuk mengambil alih”.

   

Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan bermotifkan keuntungan. Di samping mengamalkan amalan - amalan yang strategik untuk terus berjaya.


Ringkasan perkembangan keusahawanan

Richard Cantillon 1681 - 1734
  • Golongan bukan berpendapatan tetap yang dikenali membayar kos pengeluaran tetapi memperolehi pendapatan yang tidak menentu.

Baudeau 1730 - 1792
  • usahawan seseorang yang melakukan inovasi dan pemikir.

Jean-Baptiste Say 1767 - 1832
  • keuntungan usahawan - usahawan adalah berbeza berbanding keuntungan yang diperoleh daripada modal persendirian.

Joseph Schumpeter 1883 - 1950

  • Usahawan yang mengubah status quo untuk menubuhkan produk baru dan perkhidmatan baru.

David McClelland 1961
  • Seseorang yang memerlukan pencapaian yang tinggi serta bertenaga dan pengambil risiko sederhana

Peter Drucker 1964
  • Usahawan yang mencari perubahan, bertindak balas kepadanya dan eksploitasi peluang.

J.B. Rotter 1966

  • Terdapat dalam golongan di dalam lokus pengawalan.

Shapero 1971
  • Usahawan mengambil inisiatif, menganjurkan beberapa mekanisme sosial dan ekonomi serta menerima risiko kegagalan.

Carson 1982
  • Seseorang yang pakar dalam pertimbangan yang munasabah berkaitan koordinasi sumber - sumber yang sukar dicari atau terhad.

Israel kirzner 1982
  • Orang tengah atau pengantara

J.A. Timmons 1985
  • Corak gelagat jenis A

Pinchot 1986
  • Usahawan dalaman ialah seorang usahawan di dalam organisasi yang telah bertapak kukuh.

Kets de Vries 1996
  • Seseorang usahawan ialah individu yang instrumental dan konsepsi dan perlaksanaan sesebuah syarikat.