Monday 13 October 2014

FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN DALAM PERNIGAAN

Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalis dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.

PERSEKITARAN LUARAN

Persekitaran makro : persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara tidak langsung.
Persekitaran mikro : persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung.

persekitaran makro
1. ekonomi

  • melibatkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan digunakan dalam sesuatu ekonomi.
  • melibatkan peringkat antarabangsa nasional dan tempatan
  • melibatkan transaksi pasaran, awam, kerajaan dan transaksi organisasi bukan untung.
  • kemelesatan ekonomi - kesan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan ialah keluaran dan pendapatan negara.  Banyak syarikat perniagaan akan tutup.
2. politik dan undang - undang.
  • berkait rapat dengan dasar dan peraturan kerajaan.
  • kestabilan politik - memberi peluang kepada pertumbuhan perniagaan.
  • ketidakstabilan politik - perniagaan sukar berkembang.
  • Dasar - dasar kerajaan di peringkat antarabangsa, nasional dan tempatan - merancakkan pertumbuhan perniagaan.
  • sokongan,kemudahan dan perkhidmatan kerajaan dari segi sumber kewangan, infrastuktur, penasihatan, promosi, peraturan, percukaian dan lain - lain.
3. teknologi.
  • berkait rapat dengan kemajuan sains, perkembangan produk baru, pemprosesan dan bahan - bahan.
  • tingkat teknologi - menentukan sejauhmana keupayaan barang dan perkhidmatan akan dihasilkan, peralatan digunakan dan bagaimana operasi perniagaan di jalankan.
  • persaingan antara syarikat perniagaan - menyebabkan usahawan menggunakan teknologi lebih canggig untuk mengeluar barangan yang lebih bermutu, cepat, banyak dan lebih efisien.
  • teknologi baru - memberi kelebihan saingan.
4. sosio - budaya.
  • melibatkan aspek seperti demografi, gaya hidup masyarakat, perubahan nilai sosial dan juga budaya.
  • menilai perubahan dalam kependudukan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.
  • perubahan penduduk, kumpulan etnik, dan struktur penduduk berkaitan umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan penduduk.
persekitan mikro
1. Pelanggan
  • kumpulan sasaran utama dalam perniagaan.
  • individu atau kumpulan manusia ( pejabat kerajaan, sekolah hospital dan lain- lain) yang membeli barangan atau perkhidmatan.
  • keuntungan syarikat terjejas jika pelanggan tidak puas hati dengan produk atau layanan.
2. Pembekal
  • untuk mendapatkan input seperti bahan mentah, peralatan , mesin tenaga keja dan lain - lain.
  • boleh didapati apabila usahawan berinteraksi dengan persekitaran luaran melalui proses pertukaran.
  • usahawan akan cuba mendapatkan harga yang rendah dan kualititi bahan yang baik - melalui kelebihan persaingan antara pembekal
  • ushawan perlu mendapat kepercayaan daripada pembekal - supaya proses pengeluaran tidak terjejas dari segi kualiti barangan atau masa barangan dipasarkan.
3. Pengaruh kerajaan
  • memberi lesen
  • menggubal dasar
  • menyedia prasarana
  • perkhidmatan sokongan
  • memasti perniagaan dijalan mengikut prosedur
  • membuat kutipan cukai perlesenan, perniagaan dan lain - lain.
  • sebarang perubahan dasar prosedur kerajaan mempengaruhi aaktiviti usahawan.
4. Institusi kewangan

  • sepert bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat insurans.
  • membuat pelaburan kepada syarikat
  • memberi pinjaman modal - untuk membiayai operasi perniagaan.
  • usahawan yang tidak mendapat pembiayaan akan menjejaskan perkembangan perniagaan.
  • kadar faedah/ kadar keuntungan yang dikenakan boleh menjejaskan prestasi syarikat.
  • perlu hubungan baik dengan bank.
5. Pesaing
  • perlu memahami aktiviti pesaing dan membentuk strategi perniagaan yang berkesan.
  • usahawan perlu mencari peluang - peluang menambah pelanggan dan meluaskan pasaran.
  • untuk memberi kelebihan persaingan terhadap produk yang dikeluarkan usahawan perlu mewujudkan - strategi produk berkualiti, harga berpatutan, promosi yang menyeluruh dan perkhidmatan yang cekap.
6. Pertubuhan bukan kerajaan.
  • seperti persatuan pengguna, perubuhan politik, persatuan - persatuan keagamaan, persatuaan - persatuan keagamaan, persatuan - persatuan perniagaan dan pertubuhan - pertubuhan kebajikan.
  • memberi pengaruh kepada perniagaan.
  • menjalankan kempen - kempen terhadap barangan usahawan - mungkin menjejaskan penjualan di pasaran.
  • usahawan perlu peka isu yang sensetif kepada masyarakat seperti alam sekitar, kesihatan dan kebersihan.
Persekitaran Dalaman
  • merupakan unsur yang paling dekat dengan usahawan dan pengaruhi secara langsung aktiviti perniagaan.
  • terdapat daripada tiga komponen iaitu : sumber, struktur, dan budaya.
1. Sumber
  • merupakan aset penting yang diperlukan bagi pastikan pengeluaran produk dapat dijalankan.
  • mengikut Teori Asas Sumber oleh Dollinger (1995) terdapat 6 jenis sumber yang usahawan perlu uruskan dengan baik. ia termasuklah sumber kewangan , sumber fizikal, sumber manusia, sumber teknologi, sumber organisasi.
2. Struktur
  • termasuklah kaedah mengorganisasikan terma komunikasi, rantaian perintah, autoriti dan aliraan kerja.
  • struktur organisasi yang fleksibel adalah sesuai untuk usaha teroka yang sering terdedah kepada perubahan persekitaran yang cepat.
3. Budaya
  • berkaitan dengan corak kepercayaan, jangkaan dan nilai yang dikongsi bersama ahli organisasi.
  • perlunya kepada budaya positif supaya suasana yang baik wujud dalam organisasi.

No comments:

Post a Comment